
KEBAJIKAN PELAJAR
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Teknologi MARA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar adalah unit yang menyelaras bantuan kewangan pelajar, biasiswa dan pinjaman dari Kerajaan Negeri, Yayasan Negeri, Badan-badan Korporat, Agensi Kerajaan dan Swasta serta orang perseorangan yang menawarkan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar di Universiti Teknologi MARA.
Selain itu, Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar berfungsi sebagai unit yang membantu pelajar dari segi bantuan kewangan kepada pelajar miskin/ yatim atau yang ditimpa musibah termasuk juga permohonan pengurangan/ pengecualian yuran pengajian.
Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar turut menyediakan tabung dan bantuan kewangan bagi membantu pelajar yang mengalami kemalangan dan kesulitan kewangan. Penubuhan tabung ini diharap dapat mengurangkan kesulitan para pelajar untuk meneruskan pembelajaran yang lebih sempurna.
OBJEKTIF :
-
Menyelaras biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan termasuk dari PTPTN, Kerajaan Negeri, Yayasan Negeri, Badan Korporat, Agensi Kerajaan dan Swasta serta orang perseorangan.
-
Membantu pelajar yang mengalami masalah berkaitan kewangan semasa berada di UiTM melalui bantuan Tabung Kebajikan Pelajar.
-
Mengurus rekod pinjaman, rayuan pinjaman dan penangguhan balik pinjaman pelajar.
-
Mengurus surat tawaran dan perjanjian pinjaman atau biasiswa.
-
Mendapatkan maklumat dari pihak penaja berkaitan pinjaman atau biasiwa dari semasa ke semasa untuk hebahan kepada para pelajar.
-
Mengurus pemberian bantuan tabung kecemasan pelajar sekiranya berlaku kematian atau kemalangan terhadap pelajar.
-
Menguruskan bantuan kewangan dari KPT untuk pelajar OKU.
BORANG KEBAJIKAN PELAJAR :
Sila layari link berikut
"http://hep1.uitm.edu.my/v1/pentadbiran/unit/103-unit-pengurusan-kebajikan-pelajar.html"
CARTA ALIR :
MAKLUMAN KEBAJIKAN PELAJAR :