
Program Khidmat Masyarakat merupakan satu program yang membentuk nilai-nilai murni dikalangan para pelajar. Program Khidmat Masyarakat ini sebahagian aktiviti yang mendekatkan komuniti masyarakat luar bersama pelajar UiTM. Disamping dapat meningkatkan nilai-nilai murni, ia juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar dengan menggunapakai segala teori yang dipelajari didalam kelas ke dunia sebenar. Antara objektif Program Khidmat Masyarakat adalah :​
-
Memupuk semangat insaniah sesama manusia disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara Mahasiswa dan masyarakat.
-
Mendedahkan pengalaman baru serta menerokai dunia kebajikan masyarakat supaya semua peserta yang terlibat dapat menyelami kehidupan dan permasalahan mereka.
-
Membentuk kesepaduan, keteguhan dan bersama-sama berusaha mewujudkan satu komuniti yang harmoni dan utuh.
-
Memberi khidmat sosial kepada masyarakat dari aspek pelajaran, kerohanian dan kasih sayang kekeluargaan.
-
Membentuk nilai-nilai kepimpinan dalam diri mahasiswa untuk mengendali dan menguruskan sesuatu program
BORANG KHIDMAT MASYARAKAT